Sunday, May 18, 2008

Sarawak's Useless MPs

Suara ketidakpuasan wakil MP dari Sabah di Parliamen ~ di mana wakil MP Sarawak?

PDF

Print

E-mail

Posted by labisman on Malaysia-Today

Thursday, 15 May 2008

.. adakah wakil Sarawak terlalu pengecut serta takut kepada Taib Mahmud untuk bersuara yang mencerminkan perwatakan ‘Yes Sir” mereka yang sebenar?

By Iban Baru

Saya amat tertarik dengan sikap kelelakian para wakil MP dari Sabah yang secara terang-terang mengungkitkan rasa tidak puas hati mereka tentang layanan Barisan Nasional terhadap kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak sejak menyertai Persekutuan Malaysia. Keluhan kekecewaan dan kemungkinan lompatan parti telah dibuat secara lantang samada di dalam mahupun diluar Parliamen. Anifah Aman, Gapur Salleh, dan Yong Teck Lee secara terbuka menyatakan kerajaan negeri Sabah telah dianaktirikan oleh Barisan Nasional. Antara lain Anifah Aman berkata….”sejak kemerdekaan selama 45 tahun bersama Malaysia tidak bermakna jika hasrat rakyat untuk mendapat pembangunan masih ditolak ke tepi dan wakil rakyat Sabah dipandang serong apabila membawa hasrat itu......”

Tetapi yang sangat menghairankan ialah, dimana suara wakil-wakil dari Sarawak? Adakah wakil Sarawak sangat berpuas hati dengan layanan “Kelas Pertama” Barisan Nasional selama ini dengan memberi penuh kuasa kepada Taib Mahmud mentadbir dan seterusnya telah membangunkan Sarawak sebagai negeri yang “termaju” di Malaysia? Ataupun, adakah wakil Sarawak terlalu pengecut serta takut kepada Taib Mahmud untuk bersuara yang mencerminkan perwatakan ‘Yes Sir” mereka yang sebenar? Adakah Taib Mahmud begitu risaukan Anwar Ibrahim akan mengenakan beliau hingga ke lubang cacing, kalau Pakatan Rakyat mentadbir negeri Sarawak? Lihat apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor – bekas Ketua Menteri dari kedua-dua buah negeri mesti tak tidur nenyak mengingatkan kerana salahlaku kerajaan yang telah dilakukan.

Sedarkah kamu wahai para Wakil Rakyat Sarawak bahawa kerajaan BN dibawah Taib Mahmud telah secara sistematik merampas Hak Tanah Pribumi Sarawak untuk dan diberi kepada kroni-kroni beliau bagi menanam sawit? Tidakkah kita sedar yang Sarawak dan Sabah yang ‘memenangkan’ BN pada pilihanraya lepas? Kalau setakat memohon kelebihan jawatan Menteri tidak memadai.


Selepas PRU baru-baru ini, Penasihat PKR Anwar Ibrahim telah secara terang-terang mempelawa wakil-wakil dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Malaysia yang baru. Walaupun janji yang Sarawak bakal diberi 20% Royalti Minyak (jumlah yang besar), system kerajaan yang bersih serta bebas dari rasuah ~ sedikit sebanyak memberikan kita rakyat Sarawak satu pilihan baru daripada menahan keperitan kemiskinan serta sikap bongkak lagi bodoh-sombong wakil-wakil MP serta ADUN kita dari Barisan Nasional yang ada sekarang.

Walaupun kita tidak dapat dengan pastinya, bahawa Anwar Ibrahim adalah pilihan paling tepat sebagai pengganti PM sekarang, tetapi kalau dibandingkan dengan pemimpin yang ada sekarang, pada hemat saya, what have we got to lose? Anwar juga perlu membuktikan kesungguhan membela nasib rakyat Sabah dan Sarawak dan bahawa beliau melakukan apa yang dikatakan, kalau tidak beliau dan PKR akan ditolak rakyat pada PRU akan datang!

Nasihat saya kepada Datuk Sri Anwar – jangan harap lagi pada wakil-wakil MP dan ADUN Rakyat Sarawak yang ada sekarang – mereka adalah orang suruhan Taib Mahmud yang sekarang ini mungkin terkencing dalam seluar menunggu musibah menimpa mereka. Kami rakyat Sarawak memohon kepada Datu Seri agar berjanji untuk mengembalikan kepada rakyat Sarawak segala harta kekayaan negeri ini yang telah dirompak dan disembunyikan diluar Negara. Sebagai orang Dayak yang prihatin, saya juga meminta Pakatan Rakyat supaya semua gubalan undang-undang Tanah Sarawak yang membolehkan kerajaan negri merampas Hak Tanah Pribumi (NCR) ditukar semula di DUN Sarawak.

Sekian

Iban Baru


10 comments:

free Sarawak said...

should call them ys...yes sir

Anonymous said...

Saya begitu kagum dengan apa yang diluahkan oleh tuan dalam forum ini apa tak lagi menuduh para YB-YB dari Sarawak yang menyatakan bahawa mereka tidak bersuara dalam Parlaiment. Mungkin itu satu muslihat. Pernahkah tuan mendengar ungkapan 'silent is golden' mungkin mereka sudah jemu dengan tindak-tanduk setengah pemimpin atasan UMNO (Under Mahathir No Opposition). Masalah kita di Sarawak berbeza dengan di Sabah. Di Sabah, sebelum kedatang UMNO hampir setiap sepuluh tahun tampuk pemerintahannya bertukar, bermula dengan era Tun Mustapha pada tahun 1970an. Lepas itu era Berjaya pada tahun 1980an, diikuti oleh era PBS di bawah Hugon Siau Datuk Seri Panglima Pairin Kitingan, dan akhir-akhir ini UMNO, gara-gara politik katak yang berlaku di Sabah. Perkembangan politik di Sabah berbeza dengan perkembangan politik di Sarawak. Sungguh pun UMNO berjaya memerintah di Sabah, Sabah kini di lihat seolah-olah di jajah oleh UMNO, itu lah yang menyebabkab Anifah Aman dan Gafur Salleh begitu lantang di Parlmen kerana mereka melihat dengan mereka sendiri bahawa belakunya keditakadilan oleh rakan-rakan mereka dari Sabah. Apa salahnya dua atau tiga jawatan diberi kepada pemimpin UMNO Sabah. Ini tidak di Johore sampai lima jawatan menteri. Di negeri di mana UNMO kalah seperti Selangor sampai tiga jawatan menteri dieri. Mungkin pemimpin UMNO mempunyai alasan nya sendiri kerana ingin memikat hati rakyat di Selangor.

Saya tidak mahu menidakkan pendapat Saudara yang bijak sana dengan perkembangan politik di Sarawak. Saudara mungkin seorang Professor dalam bidang politik dan pemerintahan. Perbezaan politik di Sarawak dan Sabah ialah di Sarawak kita telah menikmati kestabilan politik yang begitu baik sekali, malah dengan kestabilan politik itu, kerajaan BN negeri dapat merancangkan program-program untuk meningkatkan kualiti hidup di negeru kita. Kerajaan negeri di bahawah tampuk kempimpinan Pehin Seri telah dapat meningkatkan taraf hidup penduduk desa dengan pelbagai program pembangunan melalui pelbagai pendekatan seperti RGC dan sebagainya.

Dakwaan kononnya tanah NCR dirampas, mungkin ada asasnya, kerana kerajaan terpaksa mengambil tanah untuk tujuan pembangunan. Undang-Undang tanah adalah jelas, dan jika ada pihak yang rasa mereka ditindas boleh mengambil tindakan menurut undang-undang. Terdapat kes-kes di mana kerajan kalah seperti yanag terdapat dalam kes Tuai Rumah Nyawai lawan Borneo Pulp and papers. Kita mempunyai makhamah yang boleh mengadili kes-kes yang bersabit dengan tanah sama ada tanah itu tanah NCR atau Mixed Zone.

Saudara Professor sebut tentang Sdra Anwar Ibrahim selaku pemimpin defakto PKR. Tahukan saudara bahawa Sdr. Anwar merupakan seorang pemimpin ekstrimis mempunyai hubungan dengan organisasi antarabangsa yang bersifat ekstrim di Asia Tenggara dan yang lain.

Saya ingin tanya Saudara lagi semasa Sdr. DSAI menjadi Timbalan Perdana Menteri, pernah kah DSAI mendengar keluhan dan rintihan masyarakat terpinggir di desa-desa kita yang permai. Kalau Saudara Professor tahu, berapakah jumlah peruntukan dari kerajaan Persekutuan pernah disalurkan kepada dana Kerajaan Negeri untuk memajukan negeri kita yang sebesar Semanjung Malaysia.

Saya bukan seorang penganalisis politik yang berpusat di menara gading yang berpusat nun jauh di Semananjung Malaysia dan membuat penilaian yang berasaskan kepada khabar angin. Saya bukan juga seorang pengalilisis politik dari menara gading yang bertapak di Sabah atau Sarawak, tetapi saya adalah pemimpin pelapis yang sama-sama berjuang dengan pemimpin negeri supaya pemimpin kita sentiasa berada di landasan yang betul dan bukan seperti pemimpin Sabah, sungguh pun lantang di Parlimen, tetapi tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Pemimpin-pemimpin ini bukan pentingkan hal rakyat yang terpinggir, tetapi pada pendapat saya lebih memikirkan soal survial mereka sendiri. Saya harap pemimpin kita di Sarawak tidak macam itu.

Anonymous said...

Saya pasti pemimpin Iban tidak mahu terpengaruh dengan UMNO dan Pakatan Rakyat. Meraka inginkan jati diri parti mereka sendiri. jika masuk umno nasib macam teman-teman di sabah, semua dikuasai ummo. Jika masuk pakatan rakyat tidak ada hala tuju yang jelas. Apa prinsip pakatan rakyat memperjuangan Dasar ekonomi Baru. Menteri Besar Selangor produk asli DEB akan tetapi menolak DEB apabila menjadi pembangkang.
Hak istimewa bumiputera dalam pelajaran dan hal berkaiwan mula diragui bukan bumiputera sedangkan sudah termakstub dalam perlembagaan.
Ini menyebabkan pemimpin Iban dalam dilema. Mereka tidak mahu terbabait dalam pertelingkahan parti semenanjung sedangkan mereka baru mula menguatkan parti politik. Siapakah pemimpin Iban dibantu Anwar dalam pengagihan projek semasa beliau menjadi TPM? Yang penting di Sarawak bagaimana memberikan pendidikan dan kemudahan asas secara menyeluruh di sarawak sebab luas Sarawak hampir sebesar semenanjung Sarawak. KIta jangan termakan dengan janji seperti turunkan minyak-sampai sekarang minyak tak turun. minyak angin pun naik harga.
Dalam pakatan rakyat di Sarwak sekiranya menjadi, siapa akan menjadi ketua Menteri dan timbalan ketua menteri. SIapakah yang akan menjadi kabinet bayangan. Orang Iban jenis tidak mahu tersempit antara UMNO dan Pakatan Rakyat. Biarkan MP iban menentukan hala tuju mereka sendiri kerana mereka lebih tahu masalah akar umbi di kawasan mereka.

Anonymous said...

CM sets record straight

It’s unfair and racist to accuse state govt of discriminating against non-Bumiputeras, says Taib
KUCHING: Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yesterday responded to allegations of discrimination on the part of the State Barisan Nasional (BN) government against the non-Bumiputeras.
He said in his winding-up speech on the last day of the State Legislative Assembly (DUN) sitting that more than 80 per cent of people the government helped in the state’s early days were non-Bumiputeras because the Bumiputeras were not yet ready.
“We took it upon ourselves to help the non-Bumiputeras to upgrade their capacity, from small business to big business sometimes from big business to giant business and from one business to another business.
“Yet this government has been criticised because it is now doing the same thing for the Bumiputeras.
“This is not fair. This is racist if we persist in doing this kind of politicking,” said Taib, who is the State BN chairman.
He pointed out that over the years, the government had given the non-Bumiputeras 1.3 million acres of land for agriculture, industries and real estate development but the Bumiputeras were only given 500,000 acres.
Taib said he had taken the initiative to convince his Bumiputera colleagues in the government to upgrade the capacity of non-Bumiputeras while waiting for the Bumiputeras to come up.
“They agreed because we love this state. Now I hear, especially during the last election time, that for helping the Bumiputeras we were criticised and there were allegations of corruption and nepotism.
“You have no basis to say that. Why begrudge the Bumiputeras who are being helped to come up when the non-Bumiputeras have been helped all this while in the timber sector, palm oil sector, contracting sector, unless the motivation was to cause a racial rift.”
Having said that, he said a country with rich resources could not guarantee its development especially today when entrepreneurship was becoming more important as a factor for stimulating growth and for initiating development.
In Sarawak, Taib said to him, nursing entrepreneurship was much more important than just to have enough capital and because of the commitment, the state had been able to attract private sector investment.
Even in this, he said the government’s stand was that it was important to upgrade the entrepreneurship of all Sarawakians, both Bumiputeras and non-Bumiputeras.
And now as the state entered its next phase of development involving the heavy industries, Taib said the government had taken cognizance of education and training to churn out the required skilled and professional workers.
The first people who would benefit from this, he said, would be the non-Bumiputeras and all who lived in the urban setting because of better access to educational facilities.
“In fact, I had to coax my Bumiputera colleagues initially when we created a RM100 million fund to stimulate growth of professional manpower, that there would be more Chinese who would benefit.
“We have no aversion to this because we know the Chinese would benefit first. But we are hoping from our own understanding towards the Chinese that they should try to hasten the pace of Bumiputera participation in our state’s development,” Taib said.
He said none of the Bumiputera assemblymen would also question this as they too were confident that the Bumiputeras would catch up and they were indeed catching up today.
“The whole atmosphere in Sarawak is that of harmony between the Bumiputeras and the non-Bumiputeras learning side by side, able to work side by side in the factories in the office and in the field,” the Chief Minister said.
He hoped that any comment that smelled of racism would not persist in the DUN or he would be forced to respond to them.
He said: “There is no reason today for either the opposition or the government to take a racial line in looking at the benefits of development and who is getting what until we have realised what kind of system has been devised in order to give equal chances and balanced capacity by both the Bumiputeras and non-Bumiputeras to take full advantage of the benefits of development in this state.”

Anonymous said...

Masing defends ‘cultural arrogance’ theory
KUCHING: Land Development Minister Dato Sri Dr James Masing yesterday defended his “cultural arrogance” theory, saying that it is a theory urging people not to preach to people from another community on what they already know.
Cultural arrogance breeds racial disharmony and a form of insincerity, he said.
“It is therefore wise for people to think that all are born equal in intelligence. But what makes us different from one another is opportunity. Some get more opportunities than the others. Therein is the difference,” he said in his winding-up speech at the DUN yesterday.
Masing said it would be cultural arrogance, if a Chinese tried to help the Ibans but yet preached to them (Ibans) things they already knew.
He pointed out that such incident happened during the land-related disputes or claims.
“If you want to help others, just do it. There is no necessity to tell the world why a person needs such assistance. By the same token, if you want to help an Iban with his land, there is no need to tell him or this Dewan what land means to an Iban,” he cited an example of ‘cultural arrogance’.
Masing said he once helped a Chinese shopkeeper to get a streetlight from a local council here after the shopkeeper requested for it, and sought for his assistance.
Although he knew that the shopkeeper needed the streetlight to protect his shop, he (Masing) did not preach to him on why he should need the streetlight or the rationale of having one, Masing said.
He pointed out that such a gesture was not cultural arrogance because he helped the Chinese with sincerity.
It was also a sincere act because he did not tell the media about it nor did he argue the shopkeeper’s case in the DUN, he added.
He said this to rebut some points raised up by Ting Tze Hui (DAP-Meradong) and Voon Lee Shan (DAP-Batu Lintang) when debating the Head of State’s address last week.
Masing first mentioned the cultural arrogance theory during his winding-up speech in a DUN sitting in 2007.
However his points on cultural arrogance yesterday did not go down well with Dominique Ng (PKR-Padunagn), who interrupted him several times telling the DUN Speaker that such talks had racial overtone.
Ng was also unhappy when Masing stressed on the history of ancient China where its people then addressed non-Chinese as “barbarians”.
“Why? Because the perception of the ancient Chinese that all non-Chinese were savages; they lacked culture and did not possess any skills and therefore are not capable of doing anything good and worthwhile,” he explained.
He said another form of cultural arrogance manifested itself in some people’s attitude and perception towards others.
“There is a general perception by others in Malaysia that Bumiputeras are not capable of doing good and successful business. Hence when a Bumiputera company is successful, the perception is that it cannot be attributed to their skills and capability. Thus, variables like cronyism, nepotism, corruption and political patronage come to the picture.
“These are variables the detractors claimed, which account for this Bumiputera company to be successful,” he said.
Yet another form of cultural arrogance is in the manner some people address or refer to others.
“During my growing up years, the Ibans in Kapit were referred to or called by the Chinese as ‘Lakkia’ (native or wild savage). I did not take any offence then. Now I do. I will not take this form of address too kindly,” Masing said.
When Ng still insisted that Masing’s speech had some kind of “racial slur”, DUN Speaker Dato Sri Mohamad Asfia Awang Nasar told Masing to proceed to another point but reminded all members to stay clear of racial remarks.

Anonymous said...

PR’s wave will fade away: Johari
PBB deputy president confident BN will continue to govern state
PARTI Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) deputy president Dato Sri Abang Johari Tun Openg is confident that the Barisan Nasional (BN) will continue to govern the state.
This is despite the Pakatan Rakyat’s success in wresting four states - Selangor, Penang, Perak and Kedah - and maintaining Kelantan, he said on the sideline of the State Legislative Assembly (DUN) sitting yesterday.
He said the so-called ‘political tsunami’ - a term to describe Pakatan Rakyat’s taking of the four states during the March 8 general election - will not spill over to Sarawak.
“We have a large South China Sea (to separate Sarawak and West Malaysia). The wave will fade away before it reaches our shore,” he said.
“Only Sarawakians can determine their own future. And we (the state BN) have our own strength.”
On the overall condition of the BN, he said the coalition at the federal level would not easily fall as what the opposition said or wrote in their blogs.
“Some people are just making up stories that the BN government could fall, playing psychological warfare and trying to confuse others,” he said.
He said the psychological warfare started when the Pakatan Rakyat said they could lure at least 30 BN MPs to get a two-seat simple majority in order to form the government.
Johari, who is also Housing Minister, did not believe that any BN MP would jump ship in the future because the other side has no conviction.
Seen positively, the BN is just short of eight seats that would give it a two-third majority, he said.
At the DUN session earlier, Johari appeared to say that the state opposition had no clear direction and was disunited.
He said he was puzzled by the remarks of two West Malaysian-based opposition parties in Sarawak - Parti Keadilan Rakyat (PKR) and Democratic Action Party (DAP).
Ng (PKR-Padungan) said there is a Pakatan Rakyat while DAP state secretary Chong Chieng Jen (DAP-Kota Sentosa) kept on saying the opposite, he noted.
“Speaking of Pakatan Rakyat, the so-called alternative to BN as claimed by Padungan MP (Ng), I am a bit puzzled to read a remark by the member from Kota Sentosa (Chong) in the Hansard. I quote ‘There is no pakatan here’,” Johari told the DUN.
Johari said he did not wish to dwell on the issue as this was between PKR and DAP though they fielded their candidates against each other in the last parliamentary election in Stampin.
“The success of implementing opposition manifestos in the five states particularly Penang and Selangor has yet to be gauged. There are already indications in Selangor and Penang that the governments have backtracked, unable to fulfil their promises,” he said.
He then congratulated Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud as chairman of the state BN for the near 100 per cent victory in the last parliamentary election by retaining 30 out of 31 seats.
“With this victory, we will not rest on our laurels but continue to work hard to ensure Sarawak’s prosperity, peace and harmony. After all, our objective is to leave a promising legacy for our children,” he said.
“This reminds me of President Franklin Roosevelt’s inaugural speech in 1933 during the great depression. He asked the people to help restore the economy, and not to fear but endure, revive and prosper. He said, and I quote: ‘The only thing we have to fear is fear itself’ unquote.”

Anonymous said...

Loans also for non-Bumis, says Naroden
By Mabel Sim
KUCHING: Non-Bumiputeras are also entitled to loans from Small and Medium Enterprise (SME) Bank and Small and Medium Industries Development Corporation (Smidec).
This was pointed out by Assistant Minister of Land Development Mohammad Naroden Majais when opening a roadshow held by SME Bank and Smidec to expose their loan services to new and existing customers at Hilton Kuching yesterday morning.
“The loans offered by SME Bank and Smidec are extended to non-Bumiputeras as well as Bumiputeras,” Naroden said adding that this was because the government believed many non-Bumiputera entrepreneurs still needed government help in establishing a business.
He observed that there was still much misconception among non-Bumiputeras that government loans under MECD were only for Bumiputeras.
SME bank has a vision to be a financial hub before year 2010 to fulfil the National SME Development Council mandate, he said.
SMEs give Bumiputeras a chance to improve themselves by restructuring the community, getting rid of poverty and enhancing national integration.
Among those present at the event were Sarawak Chamber of Commerce and Industry chairman Datuk Abang Abdul Karim Openg, SME Bank Head of Operations II Abdul Jalal Atan and Smidec State Director Ismail Hashim.

Anonymous said...

Saya bersimpati dengan Iban Baru. Nak harapkan MP BN Sarawak tunggulah kuching bertanduk. MP kita masih lagi dalam alam feudal. Bezanya Sultan kita bukan berketurunan darah diraja. Saya berharap sangat apabila kerajaan Pusat nanti jatuh ketangan Pakatan Rakyat apa pula reaksi MP MP kita. Tsunami politik belum sampai ke bumi kenyalang. Apabila Ombak reformasi melanda harap harap MP kita tahu apa yang melibas mereka. Ingatlah doa rakyat yang dizalimi amat makbul. Lihatlah apa yang berlaku diseberang. Apakah kita masih tidak mau percaya?

free Sarawak said...

biar politik swk bebas dr campur tgn kl

Anonymous said...

Top Ten Jabu's most visionary (but ridiculously no-brainer) ideas so far:

10. Buah Kepayang is the next golden fruit and should be commercialised big-scale. Cynide paste should be traded at RM5000/ metric tonne. Cynide Futures trading from Bursa soon.
9. Ikan Terubok rearing using kelambu for large-scale project to avoid extinction. Ever heard of high-tensile PVC aqua netting?
8. Tricycle subsidy for rural Dayak folks as alternative transport. Donkeys, Ilamas should be an optional upgrade. Hee-Haa!
7. Santubong bridge is ok! The hairline cracks should be no worry. ( err..sweat! ::) Declared safe by a non qualified engineer or maybe self-declared engineer Ir.Jabu? Anyway, it's a world's first.
6. "State JKR better than federal JKR in handling govt projects." His theme song enthuastically repeated for 2007 all year round. DAMA 2008 Song Of The Year nominee.
5. MRSM Betong college marks the sleepy ghost town Betong as the next education hub. Expect the formation Faculty of Nyabungology and Tuakology. Another world's first.
4. "My new Camry got no good battery." (It's a gift car/ numpang car shh! so he just leave it for 2 weeks, cannot start and eventually stall.) That's Toyota Camry Numpang Limited Edition.
3. My wifey got senator, now that's what we called symbolic appointment. Passed a bill at Dewan Negara that declared munching 'sugis'/ tobacco is legal and mandatory at any longhouse.
2. NCR land systematically grabbed (read:Salcra) for palm oil is good, good, good!
1. Dayaks to be united under Pakatan Rakyat Sarawak soon? Parai kitai! Akai, akai, akai!