Monday, May 26, 2008

Apa Pilihan Selepas Ini Untuk Rakyat Sarawak?

Sila undi di sebelah kanan. Hanya untuk rakyat Sarawak.

Penjelasan: Adakah Sarawak memerlukan sebuah lagi parti politik baru, mengambil kira apabila PKR berjaya menubuhkan Kerajaan Negeri yang baru dan ini akan membuka ruang seluasnya kepada UMNO untuk bertapak di Sarawak? Dapatkah pimpinan negeri PKR yang sedia ada ini meraih sokongan daripada orang Dayak, orang Ulu dan Melayu/Melanau, di mana hampir keseluruhan kawasan majoriti Cina akan ditandingi oleh DAP? Adakah PKR mampu melakukannya?

Sekiranya PKR atau Pakatan Rakyat berkuasa di Sarawak, ini bermakna untuk pertama kalinya, politik Sarawak akan ditentukan oleh parti daripada Malaya (PKR dan DAP, mungkin juga oleh PAS) dan bukan parti daripada Sarawak itu sendiri.

Adakah ini alternatif yang baik kepada situasi hari ini di mana UMNO sendiri tidak dapat masuk secara langsung? Rakyat Sarawak harus bertanya kepada diri mereka sendiri bahawa adakah rakyat Sabah menikmati kebaikan yang lebih apabila UMNO memerintah Sabah? Jawapannya semestinya 'TIDAK'.

Oleh itu rakyat Sarawak hendaklah bertanya kepada diri mereka sendiri bahawa adakah negeri Sarawak akan lebih baik di bawah PKR atau di bawah parti baru lokal yang menggantikan PBB, SNAP, MDC, PRS dan SPDP sebagai rakan kepada Pakatan Rakyat?

Pilihan Sarawak Headhunter adalah lebih kepada cadangan terakhir ini kerana ia nya akan lebih mengekalkan autonomi Sarawak daripada menunduk kepada orang Malaya, walaupun di bawah pimpinan Anwar. Dalam pada masa yang sama, Sarawak akan masih mempunyai kuasa dan pilihan sendiri di dalam Kerajaan Persekutuan di bawah Pakatan Rakyat.

Atau, jalan keluar muktamad selainnya ialah merdeka.

Dengan jawapan terkumpul nanti, Sarawak Headhunter akan membuat kenyataan melalui Surat Terbuka kepada semua rakyat Sarawak untuk memilih arah tuju rakyat Sarawak mahu atau sepatutnya mengambil bagi mencapai impian reformasi politik, perniagaan, ekonomi, pentadbiran dan tanah untuk Sarawak.

Apabila ini dikenalpasti, maka rakyat Sarawak bolehlah berbincang secara membina dan membuat pilihan strategik dan polisi yang praktikal untuk dilaksanakan bagi mencapai perubahan kerajaan demi kebaikan rakyat Sarawak keseluruhannya tanpa mengira perbezaan kaum, kepercayaan dan agama.

18 comments:

Anonymous said...

mun bukan dominic..senang aku komen. sik dapat juak diharapkan datuk hafsah atau haji baha. sidak tok sama ajak. Sarawak mesti diperintah oleh orang Sarawak. Kita bukan kurang orang. Saya amat berharap agar Nicholas bawin jgn terperangkap dgn mainan pkr kinek tok. U boleh jadi pejuang dayak tapi mesti makei base kita pun. Saya harap kawan-kawan dlm SNAP, bangkit semula demi masa depan rakyat sarawak.kadang-kadang saya terfikr bhw biar pkr dipimpin oleh org melayu dan org cina ikutlah DAP dan dayak ikutlah SNAP dan bergabunglah dengan baik. Anang bekarat jak.

Anonymous said...

Jawapannya senang aje. Sarawak akan mempunyai ketua Menteri yang baru. Kalau Dulu, Ketua Menterinya ada dari kalangan masyarakat Bumiputera, di bawah Pakatan Rakyat Ketua Menteri Baru ialah dari kaum Tiong Hua. Lihat siapa yang menjadi pemimpin Pakatan di Sarawak...Dominique Ng. Pemimpin DAP pula ialah Richard Wong Ho Leng.

Ketuanan Melayu akan lesap. Pehin akan tersungkur, ADUN dan MP dari Pakan akan memerintah. Yang akan membantu Dominique Ng ialah Nicholas Bawin, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Tanah, yang akan memberi "land title" kepada tanah-tanah NCR, lepas itu John Cobold Lusoi akan mengganti Datuk Mawan, menjadi Menteri Pembangunan Sosial. Richard Wong Ho Leng akan menjadi Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan. Violet Yong akan menjadi Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga Negeri Sarawak, Chong Chieng Jen akan jadi Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, jadi tidak paya pindah Perniaga-Perniaga dari Gambier Street. Voon Lee Shan, akan menjadi Menteri Pertanian ganti Goerge Chan, dia akan bagi beras free kepada penduduk yang miskin di kawasan Bandar.

Ini yang kita mahu, menteri-menteri dari PKR yang perihatin dengan masalah rakyat. Cukai pintu tidak payah bayar. Anwar Ibrahim yang jadi Perdana Menteri akan umumkan 30% Royalti kepada Sarawak, Harga minya turun 100% kerana kita juga menjadi pengeluar minyak. Kita akan ada highway dari Sematan hingga Lawas kerana kerajaan PKR dapat banyak duit dari loyalti minyak.

Lebih kuran, beginilah keadaan di Srawak jika PKR memerintah.

Hebat-hebat.

Anonymous said...

ini macam, itu taib lagik bagus la..

Al Tugauw said...

Belum tentu Dominique boleh bekerjasama dengan DAP dan sebaliknya, maka belum tentu juga dia boleh menjadi KM yang baru.

Rakyat Sarawak tidak sebodoh itu. Apa kaum Melayu/Melanau, Bidayuh dan Orang Ulu akan berdiam diri melihat Kerajaan Pakatan Rakyat di Sarawak dikuasai oleh satu atau dua kaum sahaja?

Mana boleh Pakatan Rakyat mengamalkan semula kosep "pecah dan perintah" Taib Mahmud?

Anonymous said...

Taik Manok mesti di buai ari nyadi pala mentri!

Anonymous said...

in spite I am a Chinese, I would prefer Chief Minister from Iban to lead Sarawak, not with 7% population of Sarawak with long stay. native of Sarawak should not give chance for those who use divide and rule to control and stay in power. Native should united for betterment. I don't see it is a threat for PKR to chip in because we have to follow the trend of gobelisation, even in politics. The only matter that we should demand is more minister post or even a deputy PM as suggested by DSAI. just my two cents

Anonymous said...

I think forming another Sarawak based party is barely short sighted unless Sarawakian are prepare to be independent. The situation of this component party in PR would be similar as the position of Sarawak BN component parties in BN. I believe with the numbers of MPs that we have from Sarawak, joining a nationwide political party would not cause the benefit of Sarawakian being trimmed down. However it will be the best way for Sarawak come back to mainstream in terms of politics and therefore the improvement of economics as well as physical development and etc. (of course with fair policies within party to all races, states and cultres)

Anonymous said...

This better be a careful judgement. Once we allow a Malay based ( KL Based ) as PKR is now, got their hands on sarawak, UMNO as well surely comes in too.Are we ready for globalisation when in fact we are not ready?

How many dayaks ie.ibans, bidayuh, orang ulu etc etc, uses the internet or have access to internet services.It is fair to go globalised and open ourselves to all new horizons but are we gonna get trapped after realising we are not capable of coping with everything out there. I think we need to be a bit old fashioned as of now , at least until we create a new generation of genuine dayak thinkers @ fighters. we need to protect our interest firts otherwise we could get overwhelmed by things.

Anonymous said...

PKR and UMNO are the same-they're both political parties from Malaya. I like to see a system of check and balances, that is why I was glad that the PR managed to give UMNO and their cronies a hiding in the recent elections but to have Malaya based political parties meddling in Sarawakian politics-my answer is "NO". As for Ketuanan Melayu-it seems sad that after 63 years since the end of World War Two there are still some people who continue on to harp about their race being superior to all others.

Anonymous said...

kamek di kampung pulo / bintawa ada sebuah sekolah matu tapi dhaif dan sik terpelihara. wan junaidi dah jadi timb speaker lalu lupa hal kampung. macam nie nak harapkan wan junaidi. gago nya madah di ofer oleh pakatan rakyat tapi sik maok. pembulak yb tok. mun PR ofer nya, akan saya tentang habis-habisan !

Anonymous said...

I still believe we should "force" ourselve to be "globalised" . when the new generation "dayak fighter" being "created", who is going to create them internally? if it just a waiting game with uncertainty? open up ourselve to not only to semananjung as well as to all over the world. It is useless to make dayak or malay or chinese become the most genuine race within our own country. the direction of malaysian shall aim to make malaysia in total to be the best in the world in all sectors. what is the point if 30 years later Dayak (40% in Sarawak) become the most genuine race in Msia when our country is the most incompetent country in the world? same to other races.

Anonymous said...

well i have propose to all sarawakians

independance or complete autonomy

enough with malaya


since every snap top leaders has abandon snap and mdc,
i voluntery to be the leader with merging snap, mdc etc

any1 want to fight with 24y old for sarawak?

Anonymous said...

macam ni sulaiman taib boleh dapat tanah 5,000 ekar di sematan. apa polah pemanca bujang jali, dok diam jak? apa hal org kampung dok diam juak?

Anonymous said...

Sdra Headhunter,
Pilihan bagi rakyat Sarawak bukan PBB, BN, PR atau parti baru. Pilihan bagi Sarawak ialah mencari seorang pemimpin yang dapat memberikan keadilan kepada semua rakyat Sarawak. Pemimpin ini mestilah seorang sedarhana, yang mengambil berat tentang rakyat, tidak tamak, tidak mementingkan diri sendiri dan keluarga, tidak sombong, tidak pentingkan harta dan tidak mahu kumpul harta untuk diri sendiri dan keluarga. Pemimpin ini tidak punya cita rasa yang tinggi, kalau kereta pakai Proton Perdana cukuplah. Kalau di Malaysia contoh orang seperti ini adalah Menteri Besar Kelantan. Nik Aziz serba sedarhana dan pintu rumahnya sentiasa terbuka untuk menerima kunjungan rakyat. Orang mungkin melihat Kelantan negeri yang gagal kerana tiada bangunan tinggi dan infrastruktur yang canggih tapi bayangkan tinggal di negeri ini yang sangat murah harga barangnya. Ayam, sayur, ikan, sewa semuanya murah. Sebagai perbandingan daging lembu segar hanya RM14 sekilo. Di Sarawak kalau duit hanya RM14 ringgit dalam poket jangan mimpi nak makan daging lembu segar. Tengok sahaja harga simen di Sarawak mahal macam emas walaupun semua bahan dari negeri ini. Lim Guan Eng juga sudah menunjukkan sifat kesedarhaan yang sangat baik. Naik kapalterbang guna kelas ekonomi sahaja. Siapa pemimpin yang sedarhana di Sarawak. Belum ada lagi. Kita kena terus mencari.
Terima kasih.

Rosli Dhoby.
28/5/2008

Anonymous said...

Kedak tuk ajaklah.Mun dah takut parti orang malaya (DAP, PKR dan PAS) nak perintah kita kekal ajak Tok Uban ya. Sik lah ibuh pening palak mikir ya gilak. Bak kata Tok Uban ari tok " Foreign storms " (30.5.2008) dah nampak diluar. Apa fikir kitak semua?

Anonymous said...

Before anything can be done, SWKian neeed to do these:

1. Fuck off Taik Mahmud from land of hornbill

2. GET SWK OUT of MALAYSIA (malaysia is no more relevant to P.MALAYSIA)

3. Confisicate all his (TAIK MAHMUD) wealth in put into SWK PEOPLE FOUNDATION

4. INVITE all Swkian all over the world to come bck to this land of peace for re-construction of SWK

ALL the best SWK.

Anonymous said...

Saya berpendapat, kenapa anak-anak atau cucu CM pertama tdk teruskan perjuangan Bapa mereka dulu. DR. Pantau luaskan la parti kamu tu. kami pun mau masuk. kita jd pembangkang di sarawak, kita tumbangkan PBB, PRS, SPDP and SUPP. suma mereka ni makan duit kita. kita di kpg miskin, minyak naik tapi motor air mana ada subsidi, bil bawah RM20, percuma. Tapi rumah panjang mana ada eletrik. kami guna Ganerator, guna minyak. Minyak naik lag la...wahwahwah... menderita la kita. mari orang-orang iban, orng ulu dan bidayuh. yang kebanyakkan tinggal di kpg. jangan undi BN lagi. Undi lah SNAp. undi PKR pun jgn, DAP and pas lagi jgn. SNAP and STAR. Orang melanau punya sedikit di Sarawak, byk lagi bulu butuh kamek, tapi orang melanau jd CM. wahwahwah pandainya kita semua pilih pemimpin. Dulu taib tu, lepas dia jd CM, terus dia mau gaduh dgn bapa saudara dia Abdul Rahman yang bekas CM sebelumnya. marilah, pilihanraya kecil sarawak mungkin 2010, kita bg sokongan gdn SNAP dan STAR. Bg kedua-dua pemimpin parti ini, pergi la ke kampung dan ajak generasi muda bersama anda. jgn duduk di ruamah sahaja. tolong la betul-betul rakayat sarawak yang di JAJAH OLEH KELUARGA TAIB MAHMUD INI. YA JESUS KAU HALANGKAN LA TAIB MERANGKUS HAK-HAK KAMI YANG MISKIN INI. JESUS I BELIEVE IN U.

Anonymous said...

SALAM....

HAHAHA....POLAH SEMUA TEK?

LUCU JUAK KITAK ORG MERIK KOMEN...
TAPI ADER BENAR JUAK APA NAK DIPADAH BAH...

RATA2 ORG SARAWAK STILL ADER RASA SIK BOLEH PARTI DARI MALAYA BERKUASA DI SARAWAK. SEBAB YA LAH PARTI YA SEMUA NANG SIK AKAN BERJAYA...

TAPI MUN NAK DIHARAP PARTI ORG2 SRWK PUN PARTI NAK BOLEH DI HARAP.
KENAKNYA? SEBAB POLITIK KITA SITUK SIK MACAM ORG LAIN. TERLALU KITA TERLALU BYK KAUM...KITA PUN SIK MAUK JUAK HANYA SATU BANGSA AJAK MERINTAH KITA....

MUN DI TULAK TOK UBAN YA KAMEK RASA POLITIK SARAWAK AGIK AKAN JDI BERCELARU. TAPI MUN SIK DI TOLAK KITA JUAK BINASA....SEBAB BYK GILAK DUIT KITA ABIS DI PAJOH OLEH SIDAK YA......

POLITIK KITA SITU LBH BAHAYA SEBENARNYA DARI POLITIK ORG MALAYA..RASUAH IBOH PADAH....KEMAJUAN NANG SIK ADER, KRONI MAKIN KAYA, ANAK BRANAK TOK UBAN SIAP BELI ISTANA.......

KITA SITUK NAK JADI APA?

ORG IBAN NGAN ORG2 ULU TERUS DOK UMAH PANJANG NAIK PERAHU.

ORG MELAYU ALU DOK KMPG YANG SEMAKIN ARI MAKIN ILANG PAKAY MOLAH SAWIT.

CINA ALU JADI TOKEY,MUKA KEDAY NGINANG BABI KAT SARAWAK FARM FRESH JLN SEMUNJAN.

ALU APA NAK JADI NGAN POLITIK SARAWAK.

NAK DI ARAP BUJANG ULIS DAH KENAK ULI NGAN BALA TOK UBAN...

PENYELESAIANNYA TOK UBAN MESTI DITURUNKAN, KRONINYA MESTI DIKURANGKAN, PARTI2 SEMENANJUNG IBOH MASUK CAMPUR, AUTONOMI SARAWAK PERLU DIPERTAHANKAN.BIAR ORG NAK MENAR2 ASAL SARAWAK YG AKAN MERINTAH SARAWAK........