Friday, November 28, 2008

Senyum Kambing - Satu Lagi Monyet BN Yang Bodoh

2 comments:

Anonymous said...

Angkatan Muda Keadilan persoal pemimpin 5 negeri
Ahli dakwa kepemimpinan gagal buka minda selepas menang

SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) mempersoalkan sikap barisan pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri yang cuai melaksanakan janji kepada rakyat, manakala pemimpinnya gagal membuka minda selepas menang pilihan raya lalu.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata perubahan segera perlu dilakukan barisan pemimpin di semua negeri itu bagi memastikan kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat tidak terhakis."Kenapa selepas rakyat memberikan amanah... kita cuai melaksanakan janji ini. Oleh itu, kerajaan negeri berkenaan perlu membuka minda dan lebih mendengar rintihan rakyat.

"AMK memberi peringatan kepada kerajaan negeri supaya jangan berdolak-dalik dengan seribu satu alasan. Pembersihan kerajaan daripada anasir BN mesti dilaksanakan tanpa bertangguh," katanya dalam ucapan dasar ketua AMK pada Kongres Nasional Tahunan PKR ke-5 di di Stadium Malawati, di sini semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Shamsul membidas sikap kepemimpinan tertinggi PKR yang sering meminggirkan suara golongan muda dalam pelbagai perkara, termasuk urusan pentadbiran parti.
Katanya, ia menyebabkan golongan muda berasa terpinggir kerana tidak diberikan tempat sewajarnya untuk membuktikan kemampuan selepas terbukti berjaya membantu PKR mencapai kemenangan memberangsangkan pada pilihan raya umum lalu.

Dalam sidang media selepas itu, beliau berkata, penyertaan AMK dalam jentera pentadbiran kerajaan negeri membolehkan pihaknya menilai semula keberkesanan selepas memerintah sejak Mac lalu.

"Bukan sekadar peluang perniagaan, tetapi peluang dalam struktur kerajaan negeri dan peluang dalam institusi pendidikan," katanya.

United States Of All-Borneo said...

Senyum kambing is normal in parliament