(Sabahkini) - SAYA, Chung Su Li, menujukan surat terbuka ini kepada Perdana Menteri Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Penguatkuasa di Malaysia agar memantau kegiatan subversif iaitu pemberian kerakyatan songsang kepada warganegara India di Sabah.
Siasatan
saya mendapati seramai lebih kurang 100 orang warga India di Sabah dan
lebih kurang 1,500 di Semenanjung Malaysia telah berjaya mendapat Kad
Pengenalan dengan membayar sejumlah wang di antara RM 30,000 sehingga
RM 75,000 kepada sindiket yang mempunyai rangkaian di seluruh Malaysia.
Saya mewakili majoriti suara rakyat Sabah
ingin menarik perhatian kerajaan yang sedang berusaha untuk mencari
dalang-dalang dalam aktiviti menjual IC kepada warga asing, terutama
daripada India, Pakistan, Indonesia dan Filipina.
HEBAT....Skandal IC Projek terbaru masih menggunakan Modus operandi yang sama iaitu laporan kehilangan kad pengenalan.
Aktiviti membuat IC menggunakan wang telah mula menjadi-jadi di Sabah setelah seorang yang bernama Nasir Bin Yusof berjaya mendapatkan IC untuk dirinya pada awal tahun 2011.
Nasir
Bin Yusof atau Latiff, yang berasal daripada RegunathaPatti, Tamil
Nadu, India datang ke Malaysia dengan mengunakan Visa Tukang Masak di
sebuah Restoran India.
Beliau
kemudiannya telah berjaya membuka beberapa kedai sendiri di sekitar
Kota Kinabalu, Sabah. Antara bekas Restoran beliau yang terkenal ialah
Restoran Salimah berhampiran Hospital Mesra Bukit Padang dan di Terminal
Inanam.
Beliau
membuka kedai mengunakan nama seorang warganegara Malaysia dan
menjalankan perniagaan tersebut sedangkan dia memegang Visa tukang masak
pada ketika itu.
PASPORT.....Salinan Pasport India Nasir yang ketika itu menggunakan nama Kader Moideen Latheef. Mustahil Jabatan Imigresen tidak mempunyai salinan kerana beliau mempunyai Permit Kerja sebagai Tukang Masak.
Pada masa itu, beliau mula mengalihkan minat beliau ke bidang lain. Atas sifat-sifat beliau yang berani dan pandai menarik hati dan memikat pegawai kerajaan dengan memberikan suapan tertentu; telah berjaya menjadi agen menguruskan dokumen kepada pekerja asing dan majikan warganegara.
Beliau
menjalankan tugas khas ini sedangkan pada hakikatnya beliau hanya
seorang tukang masak di kaca mata undang-undang, mengatasi Agensi
Pekerjaan Swasta dan Agensi Kerajaan yang mempunyai potfolio
mengeluarkan dokumen pengenalan diri.
Latiff
mula menjual satu demi satu kedai beliau apabila perniagaan haramnya
mula maju. Beliau tidak perlu sakit kepala lagi memikirkan tentang apa
juadah yang perlu di masak di kedainya. Beliau juga tidak perlu membayar
cukai perniagaan dan pendapatan. Beliau mula memberikan perhatian yang
serius dalam aktiviti agen tersebut kerana sudah terkenal di Sabah.
Mengikut
pemerhatian saya, beliau keluar masuk hampir setiap hari di Jabatan
Imigresen Sabah (JIS). Beliau akan datang biasanya waktu petang dengan
membawa beg berisi pasport dan sampul surat berwana coklat. Beliau akan
terus berjumpa dengan pegawai yang diperlukannya dan mendapat layanan
istimewa.
Kenapa
perkara ini boleh terjadi? Latiff telah pun membeli dua organisasi
penting iaitu Jabatan Imigresen Sabah (JIS) dan Jabatan Pendaftaran
Sabah. Beliau merasuah hampir semua kakitangan JIS bermula daripada
sumbangan sarapan pagi, makan tengah hari, minuman, alat solek,
peralatan rumah dan kredit telefon bimbit. Jika disemak telefon
bimbitnya, sudah tentu terdapat nombor telefon semua pegawai pegawai
tinggi kerajaan terutama Imigresen, JPN dan Polis.
Latiff
akan menguruskan visa pekerja asing dengan bayaran bermula daripada
RM600 sehingga RM 1,000. Majikan lain yang cuba berurusan sendiri di
kaunter akan mengalami pelbagai kerumitan dan kelewatan serta syarat
yang sangat ketat.
Pegawai
JIS tanpa segan silu akan mencadangkan kepada majikan untuk bertemu
Latiff untuk memudahkan urusan mereka. Ini semua hasil tunjuk ajar
Latiff. Namun setakat ini, hanya Pengarah Imigresen Sabah, Mohd Mentek
sahaja yang tidak dapat dibeli kerana ketegasan dan prinsip y utuh yang
dimilikinya.
Latiff
tidak berjaya meraih simpati daripada Mentek yang kental dengan
semangat kenegerian dan memahami masalah Sabah. Agensi Pekerja Asing
yang berdaftar dengan Pasukan Petugas Khas Persekutuan hanya bermimpi di
siang hari untuk mendapatkan layanan serupa dengan Latiff.
SEGERA.....Nasir menjadi pemilih ekpress dengan kad pengenalan yang ada padanya.
Latiff
juga membantu orang ramai untuk mendaftarkan pekerja asing mereka
secara haram, menguruskan penubuhan syarikat secara haram untuk
memastikan warga asing dapat membawa kaum keluarga dan kerabat mereka
masuk ke Malaysia melalui visa pegawai dagang.
Beliau
juga mempunyai kenalan pengawai yang telah dirasuah di Lapangan
Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu terutama Pegawai Kanan Imigresen
untuk membenarkan pekerja yang mengunakan visa bekerja di Semenajung
Malaysia masuk bekerja di Sabah selain menguruskan urusan balik warga
asing yang mempunyai masalah Imigresen.
Selain
itu, beliau turut membantu orang ramai dengan bayaran tertentu untuk
menguruskan dokumen lain seperti urusan membuat sijil nikah dan urusan
JPN yang lain. Beliau juga sudah semakin berani apabila menjadi
Setiausaha Parti Kimma sejurus mendapat IC Projeknya. Beliau mempunyai
ramai kenalan dalam facebooknya terutama ahli Kimma seluruh negara.
Latiff
kemudian membuka sebuah kedai setelah memiliki banyak wang,
semata-mata untuk menutupi segala aktiviti haramnya. Kedai tersebut
ialah JJ One Phone di Lot 57, Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu.
Dalam
kedai ini, terdapat sekurang-kurangnya 50 pasport dalam satu-satu
masa. Kedai ini dibuka untuk mengelirukan pihak berkuasa dan menutup
mata orang ramai. Namun kedai ini hanya menjadi mesin 'Money
Laundering' kerana hanya menjual kredit telefon dan telah memindahkan
operasi haramnya ke Asia City, Kota Kinabalu.
Latiff
ini berjaya melepaskan diri daripada tindakan undang undang kerana
memiliki pengaruh yang kuat serta memiliki keajaiban. Beliau pernah
ditahan kerana menipu dalam menurunkan tandatangan seorang majikan
setelah pekerja asingnya yang ditahan di Kudat oleh Pegawai Penguatkuasa
Imigresen Sabah yang dikenali sebagai Halid. Namun, kes itu ditutup
tanpa sebarang tindakan.
Beliau
juga berkawan rapat dengan seorang polis yang bernama Ayub kerana Ayub
mengenali hampir semua polis berpangkat tinggi di Sabah kerana
dahulunya mempunyai sebuah kedai runcit dalam kawasan Ibu Pejabat Polis
Kepayan.
Dengan
Ayub, semua kawan beliau terutama orang India boleh keluar daripada
tahanan dengan mudah tanpa sebarang kerumitan. Selain itu, di setiap
pusat tahanan terutama di Kimanis Papar, Latiff mempunyai orang untuk
mengeluarkan sesiapa saja yang ditahan dengan mengenakan bayaran antara
RM2,000 hingga RM5,000 setiap seorang dan wang tersebut akan dikongsi
bersama pegawai yang terlibat.
Pendedahan
saya ini khas untuk menekankan bagaimana Latiff, seorang warga India
yang telah lahir semula di Malaysia dan menjadi Warganegara Malaysia
seterusnya menjadi salah satu kepala dalam membuat IC di Sabah.
Mengikut
rekod, Latiff atau nama asalnya, Kader Moideen Latheef yang mengunakan
Passport India bernombor E3171231 yang sah sehingga 08.10.2012 dan
visa juga sah sehingga hujung 2011 dengan tarikh lahir dalam pasport 10
Oktober 1972.
Kini
beliau tidak lagi menggunakan pasport India setelah mendapat resit kad
pengenalan Malaysia 620605-12-6421 dengan identiti dan nama baru iaitu
Nasir Bin Yusof dan tarikh lahirnya di kebelakangkan pada 05 Jun 1962.
Perkara ini sangat jelas menunjukan berlaku banyak penipuan yang
dilakukan oleh Latiff. Bagaimana beliau boleh tua 10 tahun dalam IC
berbanding Pasport beliau?
Siapakah
Nasir Bin Yusof ini sebenarnya? Adakah orang yang telah meninggal atau
pun orang yang tidak menuntut ICnya? Ini bukan fitnah. Saya sertakan
salinan pasport dan semakan daftar pemilih beliau.
Saya
percaya bahawa Tuhan akan meninggal bukti bagi menumpaskan semua
kejahatan di dunia ini. Bukti yang saya berikan sangat jelas. Namun,
bagaimana pula Latiff ini berjaya memiliki IC ini?
Adakah hal ini seperti yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Bin Omar baru-baru ini? Apa pun saya akan memberikan serba sedikit maklumat mereka yang terlibat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk menyiasatnya.
Jangan
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Orang macam Latifflah yang
menyebabkan desakan terhadap RCI terus dilaungkan oleh rakyat Sabah.
Saya berpendapat, penahanan beberapa individu yang saya berikan ini akan
mencari penyelesaian masalah IC di Sabah.
Latiff
ini berjaya mendapatkan IC beliau melalui pertolongan Datuk Haji
Jaffaer Henry, bekas Pengarah JPN Sabah melalui bantuan Suzina Binti
Mohd Rahfee. Puan Suzina mempunyai hubungan rapat dengan Latiff. Latiff
sentiasa mengambil dan menghantar Puan Suzina apabila pergi atau balik
daripada mana-mana urusan di luar negeri terutama daripada Kuala Lumpur
dan Labuan.
Selain
itu, Latiff sentiasa mengunakan kereta Puan Suzina apabila dia tiada
di Sabah. Latiff juga menyediakan semua keperluan rumah kepada Puan
Suzina. Saya hairan bagaimana Puan Suzina yang bergred KP 27 yang juga
baru mengangkat sumpah sebagai Penolong Pegawai Pendaftaran pada tahun
2009 dan menerima penempatan baru di JPN Kota Kinabalu boleh
menandatangani resit laporan kehilangan kad pengenalan pada tahun 2004
dan 1996?
Beliau
yang baru mengangkat sumpah untuk bertugas di JPN Kota Kinabalu pada
28 Mei 2009 bertempat di 'The Regency, Tanjung Tuan Beach Resort, Port
Dickson berjaya menyediakan semua dokumen secara sempurna untuk
mendapatkan IC kepada Latiff; tetapi tidak berjaya membuatnya tanpa
meninggalkan bukti kukuh.
Selepas
berjaya mendapatkan IC, Latiff melihat perkara ini daripada sudut
perniagaan. Beliau ingin mengaut keuntungan besar dengan menjual IC
seperti ini. Beliau kemudianya mencari jalan dan beliau mula
bersekongkol dengan rangkaian Musakkar Bin Abdullah (Kadersha) yang juga
memiliki ‘IC MASIH PANAS’ yang maklumatnya disertakan bersama ini.
Rangkaian
Musakkar ini terdiri daripada beberapa orang daripada Jabatan
Pendaftaran Negara. Mereka diketui oleh Abdul Rahman bin Md Noor (Gred
42) Ketua Unit Khas Sabah (KUS) di Putrajaya; diikuti Puan Farrah Izanni
Binti Mohamad Ismail, Penolong Pengarah Unit Khas Sabah; Md. Solehan
bin Omar, Pengarah Bahagian; Ruslan Bin Alias, Penolong Pegawai
Pendaftaran; Susilan dan Puan Sulaiha dan beberapa pegawai di Bahagian
Kad Pengenalan.
Mereka
menerima permohonan Kad Pengenalan seperti ini hanya daripada Latiff,
Musakkar dan beberapa orang lagi. Mereka akan meminta menyediakan
butiran serta gambar dan kemudian mereka akan diberikan resit IC, Sijil
Lahir dan seterusnya Maykad berserta dokumen lain oleh pegawai di atas.
Saya
tidak mengenali semua pegawai tersebut, akan tetapi semua mereka ini
benar-benar terlibat. Saya tiada memiliki bukti lain selain daripada
ini. Namun, saya yakin dengan bantuan semua individu tersebut, Latiff
berjaya mendapatkan IC seseorang yang telah mati ataupun yang tidak
dituntut oleh pemohon.
Kejayaan
Latiff ini berjaya menambah ahli rangkaian dan agen di Sabah. Latiff
kemudian bertukar menjadi salah satu ahli rangkaian ini dengan harapan
dapat menguat untung yang besar. Rangkaian ini kemudian di sertai oleh
Salim Khan Bin Kaboor dengan IC bernombor 681012-12-5123 iaitu pemilik
sebuah restoran terkenal di Sabah iaitu Restoran Salim, di Lintas Plaza,
Kota Kinabalu.
Setelah
beliau berkahwin kali kedua, beliau telah jatuh dalam perniagaan dan
setelah mula berniaga IC, beliau kini sudah naik semula dan semakin
kaya. Rangkaian ini kemudian berjaya mendaftarkan seramai 100 orang
setakat ini di Sabah dan di Semenanjung 1,500 lebih.
Semua
orang yang telah meninggal di Semenanjung Malaysia telah lahir semula
dengan bantuan pendekar-pendekar yang baru wujud di Sabah ini. Adakah
ini zaman batu atau zaman moden? Salim dan Latiff sentiasa menjemput
Rahman apabila sampai di Sabah dengan menyediakan semua kemudahan
termasuk hotel mewah dan sebagainya. Perkara ini amat merisaukan saya
dan seluruh rakyat Sabah.
IC
yang dimiliki oleh Latiff telah dibuat sebegitu sempurna tanpa boleh
dipertikaikan lagi. Siap dengan salinan laporan kehilangan kad
pengenalan yang kononnya pernah hilang pada 12 Mac 2004 dan 30 Disembet
1996 yang ditandatangani oleh Puan Suzina yang saya sertakan sekali
dengan laporan saya ini.
Namun
dengan kuasa tuhan, saya telah menjumpai beberapa kelemahan dalam
laporan ini kerana nama penuh dalam laporan ini ialah Nasir @ Lathiep
Bin Yusuf yang mana sangat berbeza dengan IC beliau. Adakah Puan Suzina
ini bekerja dari tahun 1997 sehingga 2011 dalam satu bahagian yang sama
dalam JPN Kota Kinabalu atau beliau baru ditempatkan di Kota Kinabalu
pada Mei 2009? Adakah perkara ini boleh masuk akal?
Latiff mempunyai dua orang adik beradik lagi di Sabah yang mana salah satunya berada di Papar dan tidak mempunyai IC dan salah satunya yang bernama Peer Mohammad Bin Kadeer dengan no Maykad 600323-12-5465. Adik beradik satu bapa tetapi dibinkan kepada orang lain. Tidakkah pihak kerajaan boleh menyiasat hal ini?
Seorang
lagi agen khas untuk pekerja asing India yang terlibat dalam rangkaian
ini ialah Musakar Bin Abdullah dengan IC No 620305-12-5961. Jika
meneliti kisah Musakar, beliau ini boleh dianggap sangat berbahaya dan
saya memiliki beberapa dokumen untuk membuktikan bahawa IC Musakar ini
baru di beli.
Beliau datang daripada India mengunakan Visa Tukang Masak untuk Kedai Kopi Farvin Inanam yang dijamin oleh Majikannya, Aziz Bin Kasim. Kemudian Aziz telah membatalkan visa tersebut dan menghantarnya balik ke India. Salinan tersebut turut disertakan. Beliau kemudiannya balik ke Malaysia dengan jaminan seseorang lagi.
Beliau
kemudian membuka sebuah kedai barang-barang aneka kecil di belakang
kedai Farveen Curry House berhampiran Shell, Kampung Air Kota Kinabalu.
Seratus peratus barang dalam kedai ini ialah barang curi yang
dibekalkan oleh sindikit tertentu dan menjadikan tingkat atas kedai
beliau tempat menyimpan barang atau stor.
Kemudian
beliau akan menjualnya di kedai tersebut. Pihak kerajaan boleh
menyiasat hal ini dengan lebih lanjut lagi. Tambahan pula, nama Musakkar
ini sewemangnya nama bukan India. Tentu sekali, Mykad ini milik rakyat
Malaysia atau Indonesia.
Musakkar
datang ke Malaysia dengan nama Kadersha Mydeen atau nama gelaran Katta
Kaja dengan pasport India bernombor A7754373. Kemudian beliau membuat
IC dengan bayaran RM 30,000 melalui rangkaiannya. Beliau berasal
daripada Asoor, Trichy, Tamilnadu dan pasportnya sah sehingga 5 Mei
2009.
Beliau kini sudah membuka restoran sendiri di hadapan kedai barang anekanya dengan nama Restoran Farveen Curry House bertentangan Shell Kampung Air. Pada asalnya, beliau hanya bekerja di situ. Apabila berjaya mendapat untung yang banyak daripada penjualan IC, beliau terus membeli kedai tersebut dan menjadikan ia miliknya. Kegiatan Kadersha ini boleh mengancam keselamatan Negara kita.
Kadersha
ini pada asalnya bekerja bersama Aziz bin Kasim. Atas kebiadapan
terhadap Majikannya dan melakukan kesalahan Imigresen, beliau ditahan
oleh Jabatan Imigresen Sabah yang ketika itu laporan ini dibuat oleh
Aziz di pejabat lama di Wisma Dang Bandang, Kampung Air.
Semasa
dalam tahanan, Aziz telah membatalkan visanya dan membeli tiket
penerbangannya untuk balik ke India. Salinan tiket tersebut turut
disertakan. Namun, Kadersha berjaya keluar daripada tahanan dengan
bantuan seseorang.
Beliau kemudian membuat muslihat dan tinggal di Sabah. Sekarang ini beliau kembali ke Malaysia dan berjaya membeli Restoran majikannya sendiri. Fakta ini benar sekali, pihak berkuasa boleh menghubungi bekas majikannya, Aziz bin Kasim di talian 016-8105XXXX (nombor sebenar sila email ke Sabahkini) untuk maklumat lanjut.
Selain
itu, satu kes yang masih dalam siasatan di Balai Polis Lama Kota
Kinabalu terhadap Kadersha mengenai cek tendang yang dilaporkan oleh
Aziz Bin Kasim, bekas majikannya. Baru baru ini, ada orang yang
melaporkan tentang IC Musakkar (Kadersha) di Balai Polis Karamusing.
Tetapi
kes ini berjaya ditutup olehnya dengan wang ringgit Malaysia. Kadersha
juga menyembunyikan dirinya selama seminggu di rumah banglonya yang
dibeli dengan wang hasil kerja kerasnya membuat IC di Semenanjung
Malaysia sebelum menutup kes ini. SB Mohan daripada Balai Polis
Karamusing juga mengetahui hal ini. Dialah yang menguruskan kes-kes
India di Kota Kinabalu.
Sehubungan
itu, saya mengharapkan satu penyiasatan khas dibuat mengenai hal ini.
Saya bersama ratusan rakan saya tidak akan teragak-agak untuk
mengumpulkan tandatangan bagi memastikan kerajaan Malaysia menyiasat hal
ini dan tidak memberikan sebarang alasan.
Kami
mahu IC mereka yang terlibat harus ditarik balik. Kami rakyat Sabah
tidak mahu mereka menjadi salah satu pengundi dalam pilihanraya 13 akan
datang. Kami mahukan penyelesaian menyeluruh.
Sekiranya
kerajaan Malaysia tidak menyiasat dan mengenakan tindakan
undang-undang ke atas semua suspek ini, maka kami akan meminta bantuan
pembangkang untuk menuntut penyiasatan ke atas isu ini yang kami kira
amat penting untuk kami warga Sabah. Kami hilang punca pendapatan
angkara warga asing seperti Latiff dan Kadersha yang diberikan IC.
Saya
berharap agar agensi kerajaan yang terlibat menyiasat hal ini serta
merta sebelum pilihanraya akan datang. Penerima IC seperti ini harus
dibuang dahulu. Mereka tiada hak memegang kad pengenalan Malaysia.
Pendedahan
saya ini membantu kerajaan untuk mengesan individu yang bersalah dan
seharusnya inilah peluang yang baik kepada kerajaan Malaysia untuk
membersihkan nama daripada dakwaan pembangkang.
Apa
pun jutaan rakyat Sabah akan menantikan berita gembira tentang
dalang-dalang dan pemegang IC ini ditangkap secepat mungkin. Kami
menaruh harapan pada kerajaan yang kami sanjung selama ini. Kami
sentiasa menantikan langkah daripada kerajaan selepas ini dengan harapan
yang besar.
Penuntutan
pembangkang untuk menubuhkan RCI akan terjawab dengan tertangkapnya
rangkaian ini. Maklumat ini saya kumpul daripada agen-agen SAH di Sabah
dan orang ramai. Selepas penahanan rangkaian ini, Ini kalilah,
terjawabnya semua misteri di sebalik desakan penubuhan RCI. Apabila
berita ini diketahui oleh mereka, tentu mereka akan bersembunyi dan
keluar selepas keadaan baik semula. Tapi ingat, kami tidak akan biarkan
rangkaian ini berleluasa sampai bila-bila pun.
Kami
tidak mendedahkan identiti kami seperti nombor telefon selengkapnya
kerana risau tentang keselamatan kami. Semua yang terlibat amat
berbahaya. Pegawai kerajaan juga dikira amat takut dengan mereka ini.
Namun jika diperlukan, bukan saya seorang yang akan tampil nanti, ribuan
orang yang menyokong saya dalam hal ini akan tampil ke hadapan.
Saya
harap kerajaan mulakan dahulu penyiasatan. Semua bukti kukuh telah
saya berikan. Tiada satu pun tuduhan saya ini boleh dianggap fitnah.
Kami sedang mengumpulkan nama-nama dan biodata mereka yang baru sahaja
membeli IC daripada rangkaian ini dan akan didedahkan kemudian hari.
Sedangkan
masih ramai pemegang kad bunga raya di Sabah akibat daripada kelewatan
JPN menguruskanya yang berpunca daripada kekurangan maklumat,
bagaimana kerajaan boleh bertindak mengeluarkan IC berbayar seperti ini
yang seratus peratusnya haram?
Sekian, Terima Kasih,
Salam Satu Malaysia,
CHUNG SU LI
No comments:
Post a Comment