Friday, June 27, 2014

UNITED VARSITY STUDENTS OF BORNEO: Hanya Persepsi atau Kenyataan???

UNITED VARSITY STUDENTS OF BORNEO: Hanya Persepsi atau Kenyataan???: "Persepsi Semenanjung menjajah Sabah dan Sarawak perlu dihapuskan dengan seberapa segera kerana selagi ia terus wujud, potensi untuk...

2 comments:

Anonymous said...

Nearly a Third of Borneo's Rainforest Is Gone-Newsweek

http://www.newsweek.com/nearly-third-borneos-rainforest-gone-259291?piano_t=1

Anonymous said...

Keturunan Dayak di Sarawak marah selepas diskriminasi kenaikan pangkat
OLEH DESMOND DAVIDSON

Published: 30 November 2014

Senarai menunjukkan Bumiputera Sarawak diletakkan sebagai simpanan sementara pekerja Bumiputera Melayu mendapat kenaikan pangkat. – Gambar The Malaysian Insider, 30 November, 2014.
Senarai menunjukkan Bumiputera Sarawak diletakkan sebagai simpanan sementara pekerja Bumiputera Melayu mendapat kenaikan pangkat. – Gambar The Malaysian Insider, 30 November, 2014.
Satu senarai mereka yang dinaikkan pangkat, dipercayai di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, menimbulkan kemarahan golongan profesional dan penjawat awam berketurunan Dayak, gara-gara menjadi bukti diskriminasi terhadap Bumiputera bukan Melayu di dalam perkhidmatan awam persekutuan.

Senarai yang dimuat turun sebuah blog dan di laman Facebook menunjukkan lapan pegawai berbangsa Melayu “berjaya” naik pangkat daripada skala N27 kepada N32, manakala tiga pegawai berketurunan Dayak disenaraikan sebagai "simpanan".

Bagi kaum Dayak, iaitu penduduk asal Sarawak, senarai itu hanya mengesahkan apa yang dirasakan selama ini, dan yang terkandung di dalam Laporan Pembangunan Manusia 2013, iaitu wujudnya diskriminasi di kalangan Bumiputera dalam perkhidmatan awam, dengan keutamaan diberikan kepada orang Melayu berbanding penduduk asal Sarawak itu.



Senarai itu diterbitkan pada 25 November oleh sebuah blog yang mengutarakan isu Dayak, www.pengerindu.com, yang diikuti ramai orang Iban.
"Dayak hanya layak menjadi Simpanan sehingga bila?!

"Sekiranya tiada tindakan diambil oleh kerajaan Sarawak, mungkin akan mengakibatkan Tsunami Gelombang Anak Dayak bakal mengugat mandat yang sediakala," tulis Mr J yang memuat naik senarai itu.

Kiriman tersebut yang dikongsi di laman Facebook menerima pelbagai sindiran dan komen marah, seperti reaksi dalam bahasa Ibran Mijin Asong, yang diterjemahkan, "Kasihan kami disenaraikan sebegitu... amat jelas ini nepotisme agama".



Secara berseloroh, beliau berkata singkatan "AK" (anak kepada) pada nama orang Dayak sebenarnya bermaksud "Awak Kemudian".

Pengambilan penjawat awam

Kira-kira 60% penduduk Sarawak terdiri daripada kaum Iban, iaitu kumpulan etnik terbesar Dayak, diikuti Cina (25.4%) dan Melayu (22.2%).


Menurut laporan tersebut, pada 2009, 2,170 orang (6.5%) Bumiputera Sabah dan 1,631 (4.9%) Bumiputera Sarawak diambil bekerja di jabatan persekutuan, berdasarkan statistik Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri.





“Sementara tiada data mengenai Sarawak dan Sabah (untuk tempoh itu), kajian senarai pegawai kanan kerajaan di peringkat negeri dan badan berkanun mendedahkan trend yang serupa.

“Kumpulan etnik diwakili lebih baik hanya di dalam pasukan polis, angkatan tentera dan pejabat daerah.



Kaum Melayu pula memegang 77.04% daripada keseluruhan sektor perkhidmatan awam.

"Penekanan pada masa depan dan sekarang perlu ada matlamat mewujudkan perwakilan lebih besar di peringkat pengurusan dan profesional," kata laporan itu, sambil mengingatkan sekiranya masalah itu tidak ditangani, ketidakseimbangan sedemikian boleh menyebabkan "pertambahan polarisasi kaum dan persepsi diskriminasi wujud dalam perkhidmatan awam".


Perjanjian Malaysia

Walaupun ada pertambahan, kesan di peringkat akar umbi masih tidak dirasai.

Tan Sri Dr James Masing, seorang menteri dari Sarawak yang lantang bersuara berkata, DEB yang bertujuan mengutamakan Bumiputera di dalam perkhidmatan awam gagal membantu golongan Bumiputera bukan Melayu.



Kerajaan pusat juga tidak mengotakan janji mengikut Perjanjian Malaysia bagi memastikan penduduk asal Sabah dan Sarawak diberi kuasa dalam perkhidmatan awam persekutuan di negeri mereka, tambah Masing.
.

"Pemborneoan" perkhidmatan awam merujuk kepada salah satu persetujuan yang dicapai dengan Sabah dan Sarawak ketika penubuhan Malaysia supaya penduduk tempatan di kedua negeri itu diwakili sewajarnya dalam sektor tersebut.